Hubungan manusia dengan manusia adalah perkara yang sangat dititik-beratkan oleh Islam. Sehinggakan Individu dipandang sebagai bahagian yang tidak dipisahkan dari masyarakat. Fikrah-fikrah seperti yang telah dinyatakan di atas melibatikan hubungan manusia dengan manusia lain. Rasullullah saw telah menjelaskan hubungan individu dengan masyarakat ini melalui sabdanya :
“Perumpamaan orang yang menjaga dan menerapkan batas(peraturan) Allah adalah laksana kelompok penumpang kapal yang mengundi tempat duduk mereka. Sebahagian mereka mendapat tempat duduk di bahagian atas dan sebahagian lain di bahagian bawah, jika mereka memerlukan air, mereka perlu melalui bahagian atas kapal. Maka merekapun berkata “Bagaimana jika kami melubangi bahagian bawah kapal ini(untuk mendapatkan air), walahal ini tidak menyakiti orang yang berapa di bahagian atas.”Jika kalian biarkan mereka menuruti kehendak mereka itu, maka binasalah mereka, dan seluruh penumpang kapal itu. Tetapi jika kalian cegah mereka, maka selamatlah mereka dan seluruh penumpang yang lain”(HR Bukhari).
Rasullullah SAW juga menjelaskan bagaimana keterpaduan individu dan masyarakat di mana individu berbuat untuk kemaslahatan masyarakat dan masyarakat berbuat untuk menjagaindividu. Sabda beliau saw :
“Perumpamaan orang-orang muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong terjalin antara mereka adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasa sakit, maka seluruh bahagian tubuh berreaksi membantunya dengan berjaga(tidak tidur) dan berreaksi meningkatkan panas badan(demam)”(HR Muslim)
Oleh itu, Islam mewajibkan setiap penganutnya bertanggungjawab terhadap saudaranya dan segenap umat manusia pada setiap waktu dan keadaan. Rasullullah saw bersabda :
“Sesiapa sahaja yang bangun pagi dan ia hanya memerhatikan masalah dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa disisi Allah; dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk golongan mereka”(HR Thabrani dari Abu Dzar Al Ghifari)
Apabila diperhatikan umat pada ketika ini iaitu selepas 3 Mac 1924, kaum muslimin berada di dalam keterpurukan di dalam pelbagai bidang kehidupan. Kaum muslimin dipecah belahkan oleh gerakan-gerakan yang menyeru kepada Nasionalisme, terancamnya aqidah kaum muslimin oleh serangan misionaris agama kristian, diterapkannya sistem demokrasi kufur di kancah kehidupan, pola hidup barat yang sudah berakar umbi dinegeri-negeri kaum muslimin, sehinggakan tidak ada satupun negeri kaum muslimin yang menerapkan Islam sebagai sebuah Ideologi/Mabda. Semua ini terjadi ekoran dari rendahnya taraf berfikir kaum muslimin yang teramat parah.
Adalah tidak memadai hanya dengan menepuk dada, atau mengeluarkan air mata menyaksikan realiti buruk yang berlaku di depan mata. Bagaimanakah kita mahu mengadap Allah swt apabila ditanya kelak akan diamnya kita ketika hukum-hukum Allah tidak dilaksanakan. Islam pada masa kini tidak dijadikan sebagai penentu di tengah-tengah kehidupan umat. Kesemua bentuk pengadilan dan perhukuman dibuat oleh tangan-tangan manusia yang seolah-seolah mengambil tempat musyari’. Hukum yang dibuat sendiri, digunakan untuk menghukum kaumnya sendiri, sedangkan manusia itu mempunyai keterbatasan. Kemuliaan umat Islam pada masa kini bukannya dipandang pada sudut keredhaan Allah swt, tetapi adakah ianya selari dengan dasar US, Britain dan negara-negara barat yang lain. Kenapa begitu?
Oleh itu, umat saat ini sangat dahagakan kemulian dan ketinggian yang pernah dirasai oleh umat Islam lebih dari 1300 tahun. Dimanakah kemuliaan dan ketinggian itu setelah dirobek oleh Mustafa Kamal Attarturk? Usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan Khilafah wajib diusahakan oleh umat kerana :
وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa”(TAQ An-Nur : 55)
Juga para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah saw : “Ya Rasulullah, kota manakah yang akan lebih dahulu ditundukkan, kota Constantinople atau kota Rom?” Rasulullah saw menjawab : “Kota Heraklius(Constantinople) yang akan ditundukkan terlebih dahulu”(HR Ahmad dan Ad Darmi)
Sejarah telah mencatatkan, kota Constantinople telah dibuka oleh pasukan kaum muslimin dibawah pimpinan Muhammad al-Fatih, manakala kota Rom belum pernah ditundukkan. InsyaAllah, suatu masa nanti akan menjadi kenyataan, dan hanya menunggu waktu sahaja.
Oleh itu, orang yang memiliki tanggungjawab dan ambil berat terhadap diri, keluarga, dan umatnya serta mengharapkan keredhaan Rabbnya, akan berusaha sekuat tenaga dan semaksimum mungkin melakukan perubahan ke arah Islam. Berkaitan dengan ini, Allah swt mensyariatkan aktiviti yang dikenali sebagai dakwah yang merupakan salah satu bahagian dari syariat Islam. Dengan dakwah, Islam akan kembali tersebar ke seluruh penjuru dunia, dianuti, difahami dan diamalkan oleh manusia di dalam seluruh aspek kehidupan.
DAKWAH ADALAH SUATU KEWAJIPAN
Dakwah menurut makna bahasa bermaksud seruan. Sedangkan menurut makna syara’, dakwah adalah seruan kepada orang lain agar mengambil yang khair, melakukan kemakrufan, dan mencegah kemungkaran. Atau boleh juga didefinisikan dengan usaha untuk mengubah manusia –perasaan, pemikiran dan tingkah lakunya dari Jahiliyah ke Islam, atau yang sudah Islam kepada menjadi yang lebih kuat Islamnya.
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَة
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”(TAQ An-Nahl : 125)
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللهُ إِنَّ اللهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(TAQ at Taubah : 71)
Dari dalil di atas jelas menunjukkan bahawa dakwah hukumnya Wajib kerana Allah berjanji akan memberikan rahmat kepada orang yang berdakwah. Ini merupakan petunjuk(qarinah) yang menunjukkan ketegasan perintah tersebut. Penunjuk lain adalah dari hadis Rasulullah saw iaitu :
“Demi zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, sungguh kalian (memiliki dua pilihan iaitu) benar-benar memerintah membuat ma’ruf dan melarang membuat mungkar, ataukah Allah akan mendatangkan siksa dari sisi-Nya yang akan menimpa kalian. Kemudian setelah itu kalian berdo’a, maka do’a itu tidak akan dikabulkan”(HR Tirmidzi)
“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangannya, dan apabila ia tidak mampu, maka hendaklah ia merubahnya dengan lisannya, dan apabila ia tidak mampu, maka hendaklah merubahnya dengan hatinya. Dan sesungguhnya hal itu merupakan selemah-lemahnya iman”(HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud, At Turmidzi, An Nasaai, Ibnu Majah, dari Abi Sa’id al Khudri)
Seorang muslim yang ingin berbekal takwa, maka pastinya ia akan bersama-sama dengan kaum muslimin yang lain memikul kewajipan dakwah.
SUBJEK DAN OBJEK DAKWAH
Pendakwah adalah subjek dakwah, yakni individu Islam yang telah dibebankan taklif syari’i iaitu Islam, baligh, dan berakal. Orang yang menerima dakwah ialah objek dakwah. Objek dakwah ialah orang kafir(sebagai individu mahu pun negara) dan orang Islam.
Sesuai dengan bentuk aktiviti dakwah, maka subjek dakwah boleh dibahagikan menjadi :
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: " Sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang muslimin "”(TAQ Fushshilat)
وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat(kelompok) yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar dan merekalah orang-orang yang beruntung.”(TAQ Ali Imran : 104)
“Rasulullah saw (sebagai ketua negara) tidak pernah memerangi suatu kaum, melainkan sesudah terlebih dahulu beliau menyampaikan dakwah Islam kepada mereka”(HR Imam Ahmad)
TUJUAN DAKWAH
Tujuan dakwah Islam adalah merubah keadaan yang tidak Islami menjadi Islami agar dapat mendekatkan diri kepada Allah swt. Maka, dakwah bukan sahaja menyeru berbuat baik atau melarang membuat mungkar, melainkan mesti disertai dengan usaha melakukan perubahan. Berikut ialah perubahan tersebut :
- Menyeru orang kafir masuk Islam
- Menyeru orang Islam melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh
- Menegakkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran baik yang dilakukan oleh individu, kelompok, mahupun negara.
Secara Umum dakwah diarahkan kepada :
Melalui dakwah ditanamkan dua kalimat iaitu laa ilaaha illa Allah yang beerti tidak ada lagi yang patut disembah, ditakuti, dan diharapkan keredhaannya melainkan Allah swt semata.
- Menjadikan iman sebagai rahmat
Keimanan kepada Allah swt tentunya mesti membawa kepada keyakinan dan ketundukannya pada seluruh hukum dan syariat-Nya
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutus engkau(Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”(TAQ Al-Anbiya : 107)
Maka, dakwah diarahkan untuk menyakinkan manusia bahawa hukum-hukum Allah swt saja yang akan mendatangkan rahmat bagi mereka. Sedangkan hukum buatan manusia adalah batil serta tidak dapat mendatangkan rahmat dan kebaikan.
- Menjadikan Islam sebagai pedoman hidup.
Dakwah ditujukan untuk menjadikan Islam sebagai pedoman Islam iaitu mengajak manusia untuk masuk ke dalam Islam secara kaffah dalam kehidupan.
Seluruh amal yang dilakukan, termasuk dakwah, ditujukan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Dengan demikian dakwah dilakukan dengan Ikhlas kepada Allah sesuai tuntutan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Secara Khusus setelah dikaji perjalanan Dakwah Rasulullah saw, dakwah diarahkan untuk :
- Membentuk kader yang memiliki keperibadian Islam
- Membentuk jamaah yang membina kader dan memperjuangkan tegaknya daulah Islamiyah
- Membentuk daulah Islamiyah yang menerapkan seluruh ajaran Islam